“Maaaaa! Paaaaaaa! Ular pa ular! Ke sini lajuuuuu!” teriak Dayang Senandung terlompat-lompat menahan kegelian dan ketakutan.
“Ah! Mana, mana? Allahu Akbar!” jerit Haji Sarip Dol terkejut melihat ular sawa sebesar dan sepanjang tiang gol bola jaring yang sedang
berlingkar kekenyangan di halaman belakang rumah mereka.
Perhatian segera diberikan, pegawai bomba dan keselamatan
serta orang-orang kampong datang membantu keluarga yang terbabit.
Sejurus selepas itu, keluarga Haji Sarip Dol dilihat mula
sibuk membersihkan halaman mereka.
“Behapa kamu tu Haji?” tanya Ketua Kampong Haji Karong
sambil menghampiri keluarga tersebut.
“Ni nah menabas rumput-rumput ah. Samak jua banar belakang
rumah kami ani. Mana inda ular sanang belingkar. Inda alang-alang ularnya atu,
ular sawa. Salah kami jua banar, nda peduli halaman rumah ani.” ramah Haji
Sarip Dol menjawab.
“Banar jua tu Ji ah, kadang-kadang masalah basar atu timbul,
pasal banyak masalah bedamitan atu bekumpul bah, yatah mengundang masalah
basar. Yatah ne hajatku kan bejumpa kadikau ani nah, kan bebincang sama-sama,
kan bergotong-royong membersihkan halaman kampong tani ani. Banyak sudah ku dangar
komplen jiran subalah menyubalah. Biawak lah melintas, ular lah melintas,
anggak sama lipas atu pun inda kan tekira lagi banyaknya. Yatah kan bawa bisidia ani sama-sama gotong
royong.” ujar Ketua Kampong beria-ia mengajak Haji Sarip Dol.
“Bah, bisai jua tu, mun ganya sebuah rumah yang bersih, sama
jua ceritanya tu karang, lakat jua riuh kampong ani kan ular apa. Sebelum kampung ani jadi zoo, baiktah kitani betindak.” Haji Sarip Dol teruja dengan idea tersebut lantas
bersetuju.
Sesi MYC : We went to certain areas in Gadong and Kiulap, to observe mankind. |
Dimanakah silapnya manusia melihat masalah umat sejagat yang
setiap hari menjengah kehidupan kita. Diri kita ibarat sebuah rumah, andai diri kita terbiar kosong tanpa tahu bagaimana memandu kehidupan, jadilah
kita umpama sebuah rumah yang selalu dikunjungi oleh ular, biawak, lipas dan
sebagainya.
Begitulah kita. Umat yang diibaratkan sebuah kampung yang penuh semak,
yang selalu dikunjungi ular-ular merbahaya serta teman-teman yang setia.
Apa yang perlu kita lakukan untuk menyelamatkan kampung ini daripada menjadi sebuah zoo? Bergotong-royonglah!
Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini sebagai sesuatu yang diabaikan." (QS al-Furqan [25]: 30).
Ketahuilah. Ambillah pelajaran bahawa apabila semut menceroboh rumah kita, itu sudah cukup menunjukkan adanya gula yang tertumpah bukan?