Tuesday, August 27, 2013

Grab your food for tummy and food for soul.





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Salaam readers! 

Calling out to MYC members! 

MYC is really sorry to inform you that there won't be any MYC meet up tomorrow due to the clash of event happening at Masjid UBD (i.e Rehearsal Majlis Khatam Al Quran in conjunction to the 25th UBD Convocation). Therefore, MYC meet up shall be resumed next week, same day, same time at the same place, inshaAllah! ;)

Nevertheless, 
we've some gifts especially made for you, to be collected 
TOMORROW (Wednesday, 28/8/2013) at Masjid UBD foyer at around 4 to 5 pm.

Please drop by and accept our humble gifts! Hope to see you there, inshaAllah! :D

Till then, 
We shall leave you in the care of Allah Swt.


Continue Reading...

Wednesday, July 10, 2013

Keistimewaan Sirah Rasulullah

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Tidak dapat diragukan lagi bahawa sirah Rasulullah merupakan sebuah sirah/sejarah seorang nabi malahan sejarah seorang manusia yang paling hebat sekali . Belum terjadi dimana-mana sejarah kehidupan seorang manusia hebat dimuka bumi ini yang mempunyai sejarah yang cukup terperinci sehingga mampu memberi panduan kepada semua golongan manusia, tanpa mengira usia dan keadaan.
Sirah Baginda merupakan sirah yang menenangkan jiwa, menjelaskan pemikiran dan padat dengan sejarah sehinggakan ulama` dan pendakwah menjadikan sirahnya sebagai jalan penyampaian dalam mengajak manusia kearah jalan mengenali dan beribadah kepada Allah S.W.T kerana mereka meyakini dan cukup terbukti bahawa sirah Rasulullah mampu membuka hati-hati yang tertutup daripada hidayah Allah, menjadi modul pembaikan dalam usaha-usaha pembaikan masyarakat dan merupakan kunci kejayaan dakwah .




Dalam perbahasan
pertama ini , kita akan membincangkan 5 keistimewaan Sirah Rasulullah S.A.W .
Keistimewaan Pertama : sejarah yang paling tepat dalam sejarah Rasul dan orang agama yang lain
Sejarah Rasulullah merupakan sebuah sejarah yang paling tepat dan paling sahih dalam sejarah para nabi dan rasul yang diutus oleh Allah , malahan sejarah para orang agama yang lain juga tidak dapat menandingi sejarah Rasulullah S.A.W sedikit pun.

Sejarah Rasulullah telah sampai kepada kita dengan cara yang paling tepat dan bertepatan dengan hukum pengambilan ilmu – kita akan membincangkan perkara ini dalam tajuk seterusnya – sehinggalah kita pasti tidak merasa keraguan akan kebenaran sejarah Baginda.
Sirah Nabi Musa A.s

Apabila kita hayati sejarah nabi-nabi yang lain pula, kita akan dapati banyak masalah yang akan timbul dan banyak pula keraguan yang akan datang . Dalam sejarah Nabi Musa A.S , kita dapati sejarahnya bercampur aduk setelah dicampur tolak oleh Yahudi Laknatullah . Malahan kita tidak mampu untuk menjadikan Taurat yang ada pada masa sekarang sebagai rujukan sejarah Nabi Musa A.S sehinggakan sarjana barat sendiri merasa ragu-ragu dengan sejarah yang ditulis didalam Taurat bahkan mereka mengatakan ada sesetengah cerita-cerita yang dibawa tidak pernah berlaku pada zaman Nabi Musa A.S.

Keraguan dalam sejarah Nabi Musa AS adalah disebabkan penulisan sejarahnya ditulis selepas kewafatan Nabi Musa malahan masa yang diambil bukanlah sekejap bahkan memakan masa yang terlalu lama, sehinggakan penulis sejarah tersebut pun tidak dikenali siapakah dia. Ini menjadikan sejarahnya tidak diambil oleh ulama`-ulama` Islam kecuali sejarahnya yang telah termaktub dalam Al-Quran. oleh itu, tidak perlulah kita bertegang urat dengan masalah cerita-cerita israiliyyat yang sudah kita tahu cerita-cerita ini mempunyai 1001 keraguan kerana ia datang dari sumber yang lansung tidak boleh dipercayai.

Sirah Al-Masih A.S
Bagitu juga yang berlaku dalam sejarah Al-Masih Isa A.s , Injil-Injil yang ada dimuka bumi ini tidak mampu menjelaskan sejarah al-Masih dengan berlandaskan hukum pengambilan ilmu yang tepat dan benar. telah diketahui dimana-mana pun bahawa injil ini ditulis oleh paderi-paderi Kristian 100 tahun selepas kewafatan Al-Masih . malahan pada masa ini kita akan dapati beratus ratus injil yang ditulis beserta sejarah-sejarah yang saling bertentangan tambahan pula, Penulis-penulis ini tidak menepati hukum pengambilan ilmu kerana periwayatan yang dilakukan dalam injil adalah periwayatan yang tidak sah, penulis atau guru penulis ( perawi ) tidak pernah berjumpa dengan Al-Masih. bahkan, nama penulis dan pada tahun bila penulis itu hidup masih menjadi perselisihan para sarjana barat . Perkara sebegini dapat kita bayangkan seolah-olah kita bercakap tentang satu perkara dan cicit kita yang tidak pernah mendengar daripada kita mahupun datuknya,atau bapanya mengatakan bahawa kita pernah berkata sesuatu, adakah perkara ini boleh terjadi??

Sirah Orang agama
Ramai kita mengenali Agama Buddha yang diasaskan oleh Amitabh Buddha dan juga confusius namun tidak seorang pun dikalangan kita yang mengetahui secara terperinci sejarah orang agama ini kecuali sedikit. bagaimanakah kita mahu memperbanyakkan pengetahuan kita berkenaan orang agama ini? mudah sahaja, kita hanya perlu bertanya kepada bomoh-bomoh , mereka akan memberitahu kita apa yang mereka nampak dalam mimpi-mimpi dan ilham mereka yang penuh dengan khurafat dan penyelewengan. oleh sebab itu kita akan dapati , lain orang, lain ceritanya , lain bomoh lain khurafat nya… pengambilan ilmu sebegini adalah bercanggah dari hukum pengambilan ilmu.
oleh itu kita patut merasa bangga dan mulia kerana sejarah Rasulullah dipelihara daripada penyelewengan-penyelewengan yang boleh menyebabkan sejarah baginda dikotori.

Keistimewaan kedua : Sejarah yang paling jelas!
Titipan sejarah Rasulullah SAW merupakan titipan sejarah yang paling jelas dalam setiap peringkat kehidupan Baginda. kita semua maklum akan kejelasan tersebut kerana kita mengetahui sirah Baginda Rasul sejak perkahwinan Ayahanda dan Ibonda Baginda sehinggalah kewafatan Baginda Rasulullah. Malahan kita juga mengetahui banyak cerita kelahiran Baginda ,kehidupan kanak-kanak dan waktu remaja , kedudukannya sebelum diangkat menjadi Rasul, perjalanan Rasulullah ke Luar Makkah , sehinggalah cerita-cerita kebangkitannya sebagai Rasul yang Mulia, kemudian dari itu kita dapat menggetahui secara terperinci kehidupan Baginda RAsulullah saban tahun, sememangnya Sejarah Rasulullah sejelas terangnya matahari sehingga Sarjana Barat telah menukilkan :
Sesungguhnya Muhammad SAW adalah seorang individu yang dilahirkan dalam cerahan terangnya matahari
ini menunjukkan bahawa, kejelasan sirah Rasulullah tidak dapat ditandingi oleh Sirah Rasul-rasul sebelum Baginda.

Sirah Nabi Musa AS
Dalam Sirah Nabi Musa AS , kita tidak akan dapat mengetahui lansung apa yang berlaku pada kehidupan Baginda AS ketika kanak-kanak dan remajanya, begitu juga hal-ehwal Baginda sebelum dilantik menjadi Rasul. Malahan, selepas menjadi Rasul juga, kita hanya mengetahui serba sedikit berkenaan kehidupan Baginda tanpa kita mendapat gambaran yang jelas tentang peribadi Baginda.
Sirah NAbi Isa Al-Masih AS.

Begitu pula yang berlaku dalamm sirah Al-Masih AS, kita tidak mengetahui kehidupan Al-Masih AS ketika kecilnya melainkan apa yang disebut-sebutkan oleh Bible yang wujud kini, kononnya Al-Masih dimasukkan kedalam Haikal Yahud ( Kuil Yahudi ), dan menjadi pemandu bicara pendita-pendita mereka. Hanya ini yang disebutkan dalam sirah Al-Masih kemudian kita sudah tidak mengetahui apa-apa lagi cerita kanak-kanak Baginda. Cerita-cerita Baginda selepas menjadi nabi juga kita tidak tahu melainkan sedikit cerita berkenaan dakwah Baginda Al-Masih AS. Begitu juga sedikit cerita berkenaan cara kehidupan baginda bahkan kita disuruh pula oleh Bible untuk merahsiakan kesamaran-kesamaran yang banyak berlaku

Dalam sirah Baginda Rasulullah SAW, kita mengetahui secara jelas berkenaan baginda dalam banyak aspek kehidupan dan peribadi Baginda, kita juga mengetahui secara jelas bagaimana cara makannya, bangunnya,duduknya, pakaiannya, rupa parasnya, keadaan kehidupannya, pemikirannya, pergaulan dengan keluarganya, ibadahnya, solatnya, pergaulan dengan sahabat-sahabatnya, bahkan telah sampai kepada kita kejelasan bilangan uban yang tumbuh di rambut dan janggut Rasullullah SAW.
Keistimewaan Ketiga : Sirah yang menceritakan Kelayakan RAsulullah SAW dijadikan Contoh Tauladan
Sesungguhnya sirah Rasulullah SAW menceritakan sebuah sejarah manusia yang dimuliakan Allah SWT dengan risalah dakwah. Malahan sirah Baginda tidak lari dari hakikat Baginda seorang Manusia, kehidupannya tidak dicemari dengan pembohongan-pembohongan , Baginda tidak menambah atau mengurangi dalam menyampaikan erti Uluhiyyah – hakikat mentauhidkan Allah dalam peribadatan -
Apa yang kita ketahui dari perjalanan sirah yang lain seperti sirah Jesus yang diceritakan oleh paderi-paderi, sirah Gautama Buddha/Siddhārtha Gautamayang diceritakan oleh pengikut-pengikutnya, dan sejarah berhala-berhala yang diceritakan oleh penyembah-penyembahnya jelas menunjukkan perbezaan mereka dengan sirah Rasulullah SAW. sirah-sirah mereka jauh dari hakikat kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi pengikut-pengikut mereka. Malahan, Sejarah Jesus dan Buddha langsung tidak dapat menjadi contoh ikutan para pengikut mereka dalam peribadi mahupun masyarakat .
Akan tetapi, begitu menakjubkan apabila kita menghayati sirah Baginda Rasulullah SAW, Sirahnya akan menunjukkan bukti bahawa baginda adalah Seorang manusia yang boleh menjadi contoh tauladan bagi siapa yang mahukan kehidupan yang penuh kemuliaan pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekitar. Benarlah penyataan Allah SWT :
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.


Keistimewaan keempat : sirahnya yang mencakupi semua aspek kemanusiaan
sesungguhnya sirah Rasulullah merupakan sebuah sirah yang terlalu sempurna sehingga mencakupi semua aspek kemanusiaan seorang manusia, dipermulaan sirahnya diceritakan bahawa Baginda merupakan seorang pemuda yang mempunyai peribadi yang amanah dan lurus sebelum dia dimuliakan dengan anugerah kerasulan. kemudian diceritakan pula kepada kita selepas baginda menerima anugerah kerasulan, Baginda merupakan seorang pendakwah yang berungguh-sungguh menggunakan apa jua jalan dalam menyampaikan dakwah Baginda yang suci, bahkan Baginda sanggup menggorbankan segalanya untuk menyampaikan dakwah. Baginda merupakan Pemimpin negara yang terbaik!, memakmurkan negaranya keArah etika perundangan yang betul dan memperbaiki kelemahan kerajaan Baginda, disertakan juga keikhlasan dan kejujuran sehingga negaranya menjadi negara yang maju dan berjaya.

Kita juga diceritakan Bagaimana keadaan Rasulullah apabila dia menjadi suami dan bapa kepada keluarganya, baiknya hubungan mereka, dan perbezaan yang jelas dalam pembahagian hak-hak dan kewajipan setiap suami, isteri, dan anak-anak. Baginda juga merupakan seorang guru mithali yang membimbing sahabat-sahabatnya dengan ruh yang bersatu, antara dirinya dan diri mereka, sehinggakan Baginda amat menyayangi mereka dan memperhatikan mereka dari sekecil-kecil perbuatan sehingga sebesar-besar perbuatan.

Baginda juga merupakan Rasul yang amanah dan jujur serata beriltizam dalm medan dakwah dan penuh beradab. Oleh sebab itu, sahabat-sahabat Baginda menyanyangi Baginda sepertimana mereka menyayangi diri mereka sendiri, bahkan melebihi diri mereka dan keluarga mereka, Baginda juga merupakan seorang panglima perang yang gagah berani, ketua yang cerdik, ahli politik yang berjaya, penjual yang amanah dan pencerita yang benar.

Pendek Kata : sesungguhnya sirah RAsulullah merupakan sirah yang sempurna dalam setiap aspek kehidupan manusia dalam kehidupan bermasyarakat. Baginda menjadi contoh terbaik bagi semua pendakwah, pemimpin, bapa, suami, pecinta kebenaran, guru , ahli politik, pemimpin negara dan lain-lain lagi.
kita tidak akan terjumpa sebuah sirah yang sesempurna sirah Baginda RAsulullah SAW, malahan yang hampir-hampir dengannya pun tidak mungkin walaupun sejarah itu adalah sejarah nabi-nabi yang lepas, pengasas-pengasas agama, ahli falsafah semasa mahupun yang telah meninggalkan kita.
kita amat mengetahui bahawa Nabi Musa AS merupakan seorang nabi yang menunjukkan kepada ummatnya cara beribadah yang betul, dan menjelaskan kepada mereka bagaimana cara untuk memulakan pembersihan diri mereka kepada Allah SWT, namun kita tidak akan dapat menemui contoh Baginda sebagai seorang pahlawan di medan perang, atau guru dan ahli politik, ataupun pemimpin mana-mana negeri, ataupun seorang bapa dan suami mithali.

Dalam sirah junjungan mulia Al-Masih pula, kita mengetahui bahawa Baginda merupakan seorang nabi dan rasul yang zuhud yang meninggalkan dunia untuk akhirat dan dia tidak mempunyai duit, rumah mahupun harta akan tetapi dalam sirah Baginda, Baginda bukanlah merupakan Ahli mana-mana peperangan dan bukan juga pemimpin mana-mana negara, dan bukan juga seorang bapa dan suami kerana baginda tidak pernah berkahwin.

Begitu juga yang berlaku dalam sejarah-sejarah buddha , Confucius, aristotle , Aflatun, Nablion, dan orang sejarah yang lain. mereka tidak mampu manjadi Qudwah dan ikutan yang terbaik kepada masyarakat , jika ada pun hanyalah sebahagian aspek kehidupan sahaja, sedikit pun tidak dapat menandingi sirah yang teragung dan paling tepat, iaitu sirah Muhammad Rasulullah SAW.
Keistimewaan ke-lima : Sirahnya sendiri menunjukkan bukti hakikat kebenaran kenabiannya dan risalah yang dibawa.

Sesungguhnya sirah Baginda Rasulullah merupakan sebuah sirah seorang manusia yang sempurna dalam pembawakan dakwah dan tarbiyyah dari semasa ke semasa tanpa disertai dengan sihir mahupun mukjizat yang jelas ( hissi ) .bahkan Baginda menggunakan jalan yang dilalui oleh manusia biasa sahaja. Apabila Bagunda mengajak kearah kebenaran, Baginda disakit, baginda memerlukan pendokong dalam dakwahnya , bila keadaan terdesak melakukan peperangan maka, Baginda berperang, baginda menjadi hakim dan dihakimi, Baginda mendapat tempat dalam kepimpinan, bahkan, Baginda tidak wafat sebelum menyebarkan dakwah ke seluruh kepulauan arab dengan jalan keimanan bukan jalan kekerasan dan paksaan.

Barangsiapa yang mengetahui adat-adat orang arab dan akidah-akidah sesat mereka dan apa yang mereka lakukan pada dakwah Rasulullah SAW dari setiap segi sehingga perancangan untuk membunuh baginda, dan barangsiapa mengetahui bagaimana kesukaran dan keparahan yang dialami Rasulullah dalam setiapa peperangan yang ditempuhinya dan barangsiapa yang mengetahui pergerakan dakwah dan tarbiyyah Rasulullah sehingga Baginda wafat- 23 tahun- , maka mereka akan yakin bahawa Muhammad itu adalah sebenar-benar Rasulullah. tiada yang dapat membohongi sirah Baginda selain Allah SWT menunjukkan dan menjelaskan pembohongan mereka.

Kita semua mengakui bahawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah merupakan sebuah risalah yang dapat diterima oleh akal fikiran yang waras, kerana dalam dakwah Rasulullah,Rasulullah tidak menjadikan mukjizat sebagai perkara asas dalam dalam membentuk semula keimanan orang arab. Bahkan kita tidak menemukan suatu mukjizat pon yang diimani oleh orang-orang kafir kerana mukjizat hissi itu hanya dapat diimani oleh orang yang dapat melihatnya bahkan tidak kepada yang tidak melihatnya.

Banggalah kalian!! kalian tidak langsung pernah melihat Rasulullah dan mukjizat hissinya tetapi kalian beriman dengan risalah Baginda yang dibawa melalui bukti-bukti yang masuk akal dalam kenabiannya. Inilah bukti yang masuk akal - Al-Quran- ia adalah mukjizat yang masuk akal ( mukjizat `aqliyah ) , ia menjadikan setiap akal yang waras mempercayai dan beriman dengan risalah keimanan yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Inilah keistimewaan yang membezakan sirah Rasulullah dengan para nabi yang lain secara total. sesungguhnya nabi-nabi yang lain kebanyakan mereka mendapat kepercayaan keimanan setelah mereka menunjukkan kepada ummat mereka mukjizat yang mereka dapat dari Allah Azza Wa Jalla.
Allah SWT telah menceritakan kepada kita hal-ehwal Al-Masih Isa AS didalam Al-Quran bahawa Baginda Al-MAsih menggunakan mukjizat menyembuhkan penyakit kulit dan sopak, menyembuhkan orang sakit, menghidupkan orang mati, dan sebagainya. semua itu adalah atas kehendak Allah semata-mata. dan Bible yang wujud pada masa kini telah mengambil kesempatan dengan mengatakan Mukjizat yang diberikan Allah kepada Al-Masih AS adalah alamat/tanda ketuhanan Baginda , mereka telah menyelewangkan fakta , mereka membuat fakta mereka sendiri yang bertentangan dengan penjelasan Al-Quran. Al-Quran mengajar kita bahawa Al-Masih adalah Rasul bukannya Tuhan Jesus. Maha suci Allah!! sesungguhnya Allah tidak punya sekutu. Para penggikut kristian mempercayai segala mukjizat yang mengalahkan pemikiran adat kebiasaan sesuatu itu sebagai suatu kelebihan untuk diiktiraf sebagai tuhan, sehinggakan kita dapat melihat seolah-olah Ajaran yang dibawa oleh Al-Masih AS adalah ajaran yang berpaksi kepada Mukjizat dan perkara luar biasa bukan berdasarkan kefahaman Akal yang waras.

Berlainan pula yang dilihat dalam sirah Nabi Muhammad SAW, kita akan dapati sirah baginda merupakan sirah yang cukup jelas , para sahabat yang memeluk agama Islam , meletakkan keimanan dan kepatuhan kepada Rasulullah bukanlah atas landsan mukjizat yang bertentangan dengan hukum akal bahkan mereka beriman atas kesedaran pemikiran akal yang waras.

Sesungguhnya Allah SWT memuliakan para Rasul-Nya dengan mukjizat-mukjizat, oleh itu Allah memberikan mukjizat yang teragung kepada Baginda Rasulullah SAW dengan mukjizat Al-Quran. Allah mengalahkan pemikir-pemikir kuffar dengan Al-Quran. Barangsiapa yang mengikuti Al-Quran secara total, nescaya mereka akan dapati Al-Quran merupakan sebuah Penyusunan yang berlandaskan hukum pemikiran yang waras, dan melihat kehebatan ciptaan Allah SWT yang agung , bahkan mereka akan takjub apabila mengetahui Muhammad SAW yang buta huruf itu yang membawa Al-Quran. Al-Quran menjadi wasilah dakwah Rasulullah SAW, Al-Quran telah menjadikan kita yakin bahawa Muhammad bin Abdullah adalah nabi dan utusan Allah untuk kita.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ankabut :
50. Dan orang-orang kafir Mekah berkata "Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat- mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata."
51. Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) sedang dia dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya dalam (Al Quran) itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman.
apabila kaum Quraisy meminta mukjizat ditunjukkan kepada mereka sepertimana umat terdahulu minta maka Allah SWT menurunkan pertolongan kepada Baginda Rasulullah SAW :
90. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,
92. atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.
93. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca." Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?"
Al-Israa : 91-93
Demikianlah kejelasan dan kefahaman bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah seorang Rasul yang juga merupakan insan biasa, Baginda tidak bergantung kepada mukjizat yang tidak dapat diterima akal akan tetapi, baginda berbicara dan berdakwah dengan pemikiran yang waras dan hati yang ikhlas,
125. Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam.- Al-An`am: 125
Wallahu Alam.
Continue Reading...

Friday, June 7, 2013

Love letter for you

Bismillah...

Dear my future self,

How are you today? I see you are smiling weakly. Are you struggling, trying to keep your faith, Imaan, up high? Did you make any slips today? Going back to the old routine you have tried so hard to detach from the moment you first changed.

Did I see a nod?

You haven’t met those awesome brothers/sisters (who always seem to have these awesome Imaan-booster reminders every time you met them) for days now, possibly weeks! All the free times that you used to spend with them are now..yours! All yours. So what was once a mujahadah (struggle) is now being replaced with temptations. Yes, temptations to do whatever you want.

Procrastination is calling. Ah! You’re struggling to keep your nafs under control.
As if that’s not enough, your nasty neighbor Mr. Shaytaan keeps calling 24/7 like there’s no tomorrow, trying to gallop you away to the Sin City with him.

Man, and you thought exams were hard—mujahadah is hard-er, to the power of ten!

So you’re looking at yourself helplessly now. You’re tired.

The tests and trials are coming up fast, one after the other. They’re endless. Like thunders on a stormy night, flashes after flashes continue. Every drop of your strength has been squeezed out, and you feel like screaming for the world to just “Stop!” and give you time to breathe.

Guess what, dear self?

Nobody promised you that the moment you’ve decided to embrace this Deen properly, the road is going to be smooth and silky, a rosied life of carpets and confetti.

Rasulullah SAW and his sahabas R.A didn’t even have it easy -  and so were the previous prophets and messengers.

How are you going to expect yours to be the opposite? Would you call that fair?

Allah Azza Wa Jall said in the Holy Qur’an:

“Do men think that they will be left alone on saying, We believe and not be tried?” [Chapter Al-‘Ankaboot Verse 2]

And Rasulullah SAW said in an authentic hadith:

"The Fire has been surrounded by lusts and desires and the Paradise by hardships." [Bukhari, Muslim]




This Road, is going to be rocky, slippery and full of thorns. You’re gonna get hurt, bloodied even, exasperated and exhausted.

But that’s Allah’s way of testing you whether you’re worthy enough to get the winning prize at the end of the running track.

I don’t know how long you’re going to hold on, dear self. But I hope, till your last breathe; promise me you’re going to try your best. Promise me, will you? Don’t give up on me. I wanna see Him SWT. I wanna hug my No.1 Hero, Rasulullah SAW and I’m sure you missed him too.

I guess that is all from me. Shall I see you in Jannah? Insha Allah.

Smile…


Sincerely,
Your dear-self
Continue Reading...

Tuesday, March 19, 2013

MYC sesh postponed!

Salaam

Just for updates, our MYC session will not be held tomorrow, due to tahlil event at the UBD Mosque for our dear late friend.

Insha Allah we'll announce the nest session soon.

On another note, please do come to the tahlil event tomorrow at UBD Mosque at 4pm. May Allah reward you for your kindness to attend and do zikrullah, and let's pray for them.

We're going to still see you all tomorrow right?

Insha Allah! =D

Fee amanillah!



Continue Reading...

Sunday, February 10, 2013

Bila Semut Mula Menceroboh


“Maaaaa! Paaaaaaa! Ular pa ular! Ke sini lajuuuuu!” teriak Dayang Senandung terlompat-lompat menahan kegelian dan ketakutan.

“Ah! Mana, mana? Allahu Akbar!” jerit Haji Sarip Dol terkejut melihat ular sawa sebesar dan sepanjang tiang gol bola jaring yang sedang berlingkar kekenyangan di halaman belakang rumah mereka.

Perhatian segera diberikan, pegawai bomba dan keselamatan serta orang-orang kampong datang membantu keluarga yang terbabit.

Sejurus selepas itu, keluarga Haji Sarip Dol dilihat mula sibuk membersihkan halaman mereka.

“Behapa kamu tu Haji?” tanya Ketua Kampong Haji Karong sambil menghampiri keluarga tersebut.

“Ni nah menabas rumput-rumput ah. Samak jua banar belakang rumah kami ani. Mana inda ular sanang belingkar. Inda alang-alang ularnya atu, ular sawa. Salah kami jua banar, nda peduli halaman rumah ani.” ramah Haji Sarip Dol menjawab.

“Banar jua tu Ji ah, kadang-kadang masalah basar atu timbul, pasal banyak masalah bedamitan atu bekumpul bah, yatah mengundang masalah basar. Yatah ne hajatku kan bejumpa kadikau ani nah, kan bebincang sama-sama, kan bergotong-royong membersihkan halaman kampong tani ani. Banyak sudah ku dangar komplen jiran subalah menyubalah. Biawak lah melintas, ular lah melintas, anggak sama lipas atu pun inda kan tekira lagi banyaknya. Yatah kan bawa bisidia ani sama-sama gotong royong.” ujar Ketua Kampong beria-ia mengajak Haji Sarip Dol.

“Bah, bisai jua tu, mun ganya sebuah rumah yang bersih, sama jua ceritanya tu karang, lakat jua riuh kampong ani kan ular apa. Sebelum kampung ani jadi zoo, baiktah kitani betindak.” Haji Sarip  Dol teruja dengan idea tersebut lantas bersetuju.

Sesi MYC : We went to certain areas in Gadong and Kiulap, to observe mankind.


Dimanakah silapnya manusia melihat masalah umat sejagat yang setiap hari menjengah kehidupan kita. Diri kita ibarat sebuah rumah, andai diri kita terbiar kosong tanpa tahu bagaimana memandu kehidupan, jadilah kita umpama sebuah rumah yang selalu dikunjungi oleh ular, biawak, lipas dan sebagainya.

Begitulah kita. Umat yang diibaratkan sebuah kampung yang penuh semak, yang selalu dikunjungi ular-ular merbahaya serta teman-teman yang setia.

Apa yang perlu kita lakukan untuk menyelamatkan kampung ini daripada menjadi sebuah zoo? Bergotong-royonglah!

Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini sebagai sesuatu yang diabaikan." (QS al-Furqan [25]: 30).

Ketahuilah. Ambillah pelajaran bahawa apabila semut menceroboh rumah kita, itu sudah cukup menunjukkan adanya gula yang tertumpah bukan?

Continue Reading...

Monday, February 4, 2013


Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

We are back with another interesting activity to do. It is outing insha Allah! =D

Be at DMP at stated time and vroommm vroooomm we go! =D

See you there insha Allah!

p/s: Refresh niyyat always =)
Continue Reading...

Sunday, February 3, 2013

The House of Islam


Knock knock!

"Who's there?" A voice from inside the house was heard.

"It's me! I need protection, please let me in! Some men are following me, I'm scared. Please!" A shivering voice pleaded.

The door was quickly opened upon hearing the response.

"Hop in. You'll be much safer here. I know them, they won't dare to come here. Come, I'll get you some warm coffee." The owner said with a smile on his face. But after a while his face was full of questions upon hearing the words from the scared man.

With only one leg inside the house and the other one outside, the shivering man happily said, "It's alright. I'll just stand like this in front of your house."

"But you are still in danger if you are to stand like that. They will see you here and they'll catch you. Come inside." said the owner rather amused.


MYC Session : Part of the activity. Distinguish between full-time muslim and part-time muslim.

So, would you expect the owner to treat the scared man properly with that kind of 'entrance' to the house of protection? He would rather not.

Allah has blessed us with the coming of Islam through His Messenger, Prophet Muhammad. He is pleased that we would like to enter Islam because we need warmth and protections from Allah, but how can we expect Allah to help us if we do not enter His Deen (Islam) properly?

His House has everything that we want, but do we really want to just have a 'peek' to what is inside?

Ask ourselves, do we really want to ignore the coffee offered?
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaaffah (keseluruhannya). Dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan kerana dia adalah musuh yang nyata." [2:208]


Continue Reading...

Friday, February 1, 2013

The Man who shook the world!

He was a good man.

Nobel and honourable.

He was the man that deserved an honour that no one could beat. That is to be loved by the Most Loving, Allah Azza Wajala.

That great honour demanded huge responsibility towards him. And because of that honour, we can still breathe the air of Islam today.

His father was 'Abdullah ibn 'Abd al-Mutallib.  His mother was Siti Aminah bint Wahb.

When he was still a baby, Halimah as-Sa'adiah and family took care of him and by the age of 6, he became an orphan.

But the life of this honourable man did not stop there.

Many would not remember what happened after that, but for some who love him dearly could never forget!

Who was this man?

He is the forgotten man. 


Name : Muhammad ibn 'Abdullah

Profession : Rasulullah, Nabiyyullah, Mu'allim, Student, Father, Husband, Grandfather, Bestfriend, Leader, Sultan, Strategic Planner, Politician etc. (You name it, he did all!)

Degree : All degree in the world (His 'ilm included those that is not in this world, uh-may-zing!)

Known to : Stand until his feet get swollen, miss those who mentioned his name in the future (yet he did not know who), cry a lot for the future of ummah and many more!

Yes you guess him right! Our beloved Prophet!

MYC session: Short but full of 'ilm of Rasulullah by Dr H Harapandi Dahri, KUPU SB lecturer. 

May the last session of MYC brought us together in remembering Rasulullah more and to get to know him better.

Allah did not choose a man to be His Messenger in this world if the man did not own the quality that Allah wants us to follow.

So let's dig more about Rasulullah! We claimed he's our role model. We claimed we love him. So let's prove that! Shall we? 

Insha Allah!
Continue Reading...

Tuesday, January 22, 2013

The New Beginning : Part 2

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. All praises are only to Allah, Creator of you and me, Creator of heaven and hell, Creator of pain and  happiness, Creator of love and affection.

Reminiscing back to the MYC Ice Breaking Day held last Friday reminded me to the words of Allah:

“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)

Brotherhood
 It was a day full of brother and sister -hood! Subhanallah! The event started with 'Brain Gym' (come for MYC to know what Brain Gym is all about!) lead by the Vice Ameer and followed by brief introduction of MYC and getting to know the AJKs of MYC this semester. Alhamdulillah!

After a short breakfast-break, the event took place at different places for games instructed by Vice Ameer and Ameerah of MYC.

'Mirror Game' - Act like a mirror to whatever your friend is doing. At the end of the game you'll reflect on acts your friend were doing. Whether you follow the good or the bad examples. It's your choice!
“Perumpamaan orang-orang yang beriman (mukmin) dalah hal kasih sayang dan rahmat bagi mereka bagaikan satu badan, apabila satu anggota menderita maka menjalarlah penderitaan itu keseluruh badan hingga dak bisa tidur (gelisah) dan panas” (HR. Ahmad Muslim)

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Jazakumullahu khayran katheera for those who came and dropped by to our Ice Breaking Day held last Friday at DAP, UBD.


May the bond Allah blessed that day be forever held until we see each other in Jannah, insha Allah!

You are the youth!

Muhammad S.A.W said "Youth is like a spark of fire, they either burn the way or pave the way" (Narrated by Tarmidhi)
Continue Reading...

Monday, January 21, 2013

The Messenger's Wave : Menggegarkan Seluruh Alam!

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

We're back! Insha Allah, with The Messenger's wave!

Who is The Messenger? What wave did he own?

It will definitely shock you! So do not forget to come this Wednesday at DMP Masjid UBD, 1.45-2.15 pm is the time of arrival.

So who is he?

Hint! : He never failed to miss and love us. Although he had not seen us but he always said that he loves and miss us so much! And to add more to that, he said that in front of his best friends.

Happy guessing! =D


Continue Reading...

Friday, January 18, 2013

The New Beginning

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

It has been a hectic week for us but it has been a week full of new faces, new friends, new environment, and so many new things for MYC.

Jazakumullahu Khayran Katheera to all of you who came for the MYC Induction Day held last wednesday, 16th January 2013 at the Inspiring Hall, Student Centre UBD.

Happy faces
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, the Induction Day was somehow, a new beginning for the members as well as the working committee. We did something different this time. Did you realise it?

Yes! It was themed : Garden, English and Vintage!



Ahlan Wasahlan!
Few booths were set up as well.


The MYC Library Booth will commence its operation starting next week Insha Allah 

The MYC Library Booth is only specific to Motivational and Islamic books. These are infaq books by the members of MYC (cool isn't it? =D)

Checking out the booth

Highlights


The event was initiated by the recitation of Al-Fatihah and proceeded to speech of the Ameer (ketua) for MYC. In the middle of the speech, few dollars was shown to the audience, and he asked, "Siapa mau hadiah (referring to the dollars?)" Everyone said "Mauu!"

He continued, "Siapa mau, ambil!"

But ironically, no one came up to the front.  Everyone shouted 'I want!' earlier, but the legs were not willing to move.

So what is wrong with us actually? Not confident? Shy? Err.. Lazy? Not brave enough?

Dan Kami kuatkan hati anak-anak muda itu (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka BANGKIT BERDIRI (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” [Al-Kahf 18: 14]

Allah has done His part, where He strengthen our hearts to stand strong for something that is worth standing for. It is us who still have not done our part, which is to let the strength Allah has lent us to the correct path of life.

So how do you spend the strength lent by Allah?




Continue Reading...

Tuesday, January 15, 2013

Opening the door for you

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


We're back and in the roll now!


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. New semester of January 2013 is on and we're in the second week of January! How's everyone doing? May Allah eases your matter in dunia wa aakhiroh. Allahumma ameen.

Double the fun!



For the start, we present to you our very own Induction Day and Ice Breaking Day which will be held in the same week.

MYC Induction Day

Date: 4 Rabiulawal 1434 / 16th January 2013
Time: 2.30-5.00 pm
Venue: Inspiring Hall, Student Centre

MYC Ice Breaking Day

Date: 6 Rabiulawal 1434 / 18th January 2013
Time: 9.30-11.00 am
Venue: Dewan Asrama Perempuan, Kolej Kediaman Perempuan UBD

Join the fun and tag along your friends. The more the merrier! 

See you all there!


Continue Reading...

Followers

About Metro

Follow The Author